Thursday, 30 August 2012

Antara Minat, Impian dan Cita-cita

Salam ^_^V

Buat kesekian kalinya Kyra menjengah blog yang berbulan-bulan tak diupdate dan berhabuk. Fuuuhhhh !!! Hembus2, tiup2 sikit. Amboi banyak sungguh habuk. Hacchum  Hachum !! Haa. Kan tengok sampai bersin dah Kyra. Hehe. Maklumlah antibodi lemah. Huhu.

Oke berbalik kepada topik utama yang nak Kyra sampaikan. Aisey. Macam nak buat forum pulak kan ? Hehe. Oke sila abaikan. Apa yang nak Kyra katakan adalah mengenai minat , impian , dan cita-cita. Wau !! Hehe. Belum apa-apa lagi dah nak start berangan bagai kan. Mesti ada orang cakap macam tu. Huhu. kesian tau kat Kyra jangan la cakap apa-apa. Kyra tak sempat pun nak  berceloteh dan berangan jadi puteri impian. Hahaha.

For the first and foremost adalah mengenai minat. Dalam dunia ni ada berpuluh-puluh billion million trillion and even zillion orang (eh.betul ka? hehe. hantam saja lah labu.huhu) dan semuanya ada minat dan hobi yang berbeza-beza termasuklah sayerr. He. Antara contoh minat kebanyakan orang adalah kumpul barang antik , kumpul setem dari pelbagai negara , kumpul syiling negara-negara lain dan macam- macam lagi lah. Tu antara yang common la. Bagi kaum hawa pulak mereka ada minat seperti memasak , menjahit , dan seangkatahn dengannya lah. Kyra suka hak yang memasak tu la. He. tapi bukan daily meal baking. Haa. kalau bab-bab buat kek , biskut , memang seronok sungguh. Hati melompat2 ja. Kalau boleh semua resipi nak di cuba buat. Tapi apa kan daya disebabkan kekangan masa tak dapat nak cuba semua resipi yang pernah di salin sebelum-sebelum ni.

Oleh sebab terlalu minat dalam dunia baking ni, Kyra berusaha mencari dan bergoogle dan berblog walking sana sini demi mendapatkan segala jenis tips-tips yang berguna yang boleh Kyra guna pakai untuk membuat kek dan biskut. Antara blog yang menjadi pilihan Kyra ialah Kak Ita. Blog Kak Ita ni ada banyak resipi yang best-best. Bila singgah blog dia Kyra macam tak mau keluar dah. Air tangan beliau sangat teliti , hiasan pada biskut dan kek buatan tangan beliau sangat-sangat lah cantik. Seriously !! Seterusnya blog MamaFami. Di sini juga terdapat pelbagai jenis resipi. Semuanya sedap-sedap. Terliur tengok rasa  macam nak makan semuanya. nasib lah semua makanan tu tak boleh kleuar melalui PC ni. Kalau tak dah lama semua orang berebut-rebut nak ambik bukan Kyra ja. hehe.

Sebenarnya banyak lagi blog yang menyajikan segala jenis macam hidangan begitu juga resipi yang sangat menyelerakan. Haa. Betol tau. Kalau tak percaya google lah sendiri. Kalau tak pon just pegi ja kat blog di atas tu then tgk kat side bar blog. Ada banyak bloglist kat situ. Senang berblogwalking. :) Untuk menunjukkan rasa minat lagi kan dan masih tak berpuas hati, Kyra dengan jayanya telah mengahdiri kelas. Hohoho. First time attend baking kelas memang teruja yang teramat lah. Yea lah dah berapa lama mencari kelas yang berhampiran dengan umah dan senang nak p. Kalau jauh macam mana la Kyra nak p pulak kan. Huhu. Last2 dapat kelas yang dekat dengan umah. terus request nak attend. Sampai ja sana tengok semua yang p belajar semua orang yang dah berumahtangga contohnya cikgu dan orang yang bekerja la. Kyra sorang yang yang paling muda.Hehe Perasan jap. Ada ka patot depa ingat Kyra budak-budak sekolah lagi. Mana taknya dengan dressing pakai seluat dengan tshirt of course la org ingat budak-budak. He. tapi kan ok jugak. Muda ja selaluuu. Hehe. Oke lupakan pasal tu. Yang pasti kan masa attend baking kelas tu Kyra rasa satisfied sangat2 sebab dapat ilmu yang sebelum ni Kyra tak tau tentang baking. Kat kelas tu jugak dapat belajar resepi yang memang superb lah ! Rugi woo kalau sapa yang tak pernah attend. Huhu.
 
Next adalah mengenai impian. Impian Kyra berkaitan dengan apa yang Kyra minat. Of course semua orang boleh kesan dah kan ? Hehe. Actually, Kyra memang teringin ada bakery sendiri. Whoaa! Berangan kemain lagi kan. Hu. Tapi tak pasti ianya akan jadi kenyataan atau pun tidak. apa yang menjadi persoalan dan apa yang ada di benak fikiran Kyra ialah bagaimana caranya nak mengusahakan bakery idaman Kyra tu. Maksud Kyra kat sini adalah dari segi pengurusan, bagi kita yang tak ada skill, kurang kepakaran, modal dan macam-macam yang serba kekurangan ni adakah layak ?? Huu. Kyra punya impian ni bukan calang-calang kan. Kemain punya menggunung. Orang dengar pon mesti tertanya-tanya bole percaya ke ni. Ayoyo. Haha. Owh ya. kalau boleh dilihat sekarang ni ramai orang yang berjaya meraih kejayaan melalui perniagaan secara online. Terdetik juga teringin untuk mencuba di hati ini. Tapi apakan dya keyakinan yang sangat kurang dalam diri. Tapi tidak mustahil Kyra akan cuba untuk melakukannya suatu hari nanti. hehe. InsyaAllah semoga impian murni ini akan menjadi kenyataan. Amin..
 
Last but not least adalah mengenai cita-cita. Apa yang dicita-citakan Kyra adalah ingin bekerja dalam sektor perbankan apabila tamat pengajian. Cita-citanya begitu lah. Tapi tak tau lah kan sama ada apa yang di cita-cita kan itu akan tercapai ataupun tidak. Kita cuma hanya boleh berusaha. Jika ditakdirkan itu adalah rezeki Kyra mesti ada peluang satu hari nanti. Hehe. So tak perlu nak risau sangat lah kan. apa yang penting sekarang adalah usaha dan berdoa saja lah. Tak semestinya kita akan dapat kerja sama dengan apa yang kita belajar sekarang. Yeah ! It's true. Dengan dunia sekarang yang serba moden, kita tak boleh sangat memilih pekerjaan. Apa salahnya bekerja luar dari bidang yang kita pelajari ? Kita boleh dapat ilmu  lain selain yang kita ada. Ia juga menguji tahap kecekapan kita dan sejauh mana kita boleh berjaya tanpa ilmu yang kita mahir. Kan kan ? Betol tak ? Hehe.
 
Apa-apa pon Kyra harapkan semua yang baik dan elok sahaja. Kyra juga mengharapkan apa yang Kyra impikan akan tercapai satu hari nanti. Sekarang masanya mungkin belum tiba. sebab tu lah hanya mampu bercakap kosong tanpa sebarang hasil. Tetapi jangan berputus asa sebelum kita belum mencuba. Yeah !! Semangat!