Thursday, 30 August 2012

Antara Minat, Impian dan Cita-cita

Salam ^_^V

Buat kesekian kalinya Kyra menjengah blog yang berbulan-bulan tak diupdate dan berhabuk. Fuuuhhhh !!! Hembus2, tiup2 sikit. Amboi banyak sungguh habuk. Hacchum  Hachum !! Haa. Kan tengok sampai bersin dah Kyra. Hehe. Maklumlah antibodi lemah. Huhu.

Oke berbalik kepada topik utama yang nak Kyra sampaikan. Aisey. Macam nak buat forum pulak kan ? Hehe. Oke sila abaikan. Apa yang nak Kyra katakan adalah mengenai minat , impian , dan cita-cita. Wau !! Hehe. Belum apa-apa lagi dah nak start berangan bagai kan. Mesti ada orang cakap macam tu. Huhu. kesian tau kat Kyra jangan la cakap apa-apa. Kyra tak sempat pun nak  berceloteh dan berangan jadi puteri impian. Hahaha.

For the first and foremost adalah mengenai minat. Dalam dunia ni ada berpuluh-puluh billion million trillion and even zillion orang (eh.betul ka? hehe. hantam saja lah labu.huhu) dan semuanya ada minat dan hobi yang berbeza-beza termasuklah sayerr. He. Antara contoh minat kebanyakan orang adalah kumpul barang antik , kumpul setem dari pelbagai negara , kumpul syiling negara-negara lain dan macam- macam lagi lah. Tu antara yang common la. Bagi kaum hawa pulak mereka ada minat seperti memasak , menjahit , dan seangkatahn dengannya lah. Kyra suka hak yang memasak tu la. He. tapi bukan daily meal baking. Haa. kalau bab-bab buat kek , biskut , memang seronok sungguh. Hati melompat2 ja. Kalau boleh semua resipi nak di cuba buat. Tapi apa kan daya disebabkan kekangan masa tak dapat nak cuba semua resipi yang pernah di salin sebelum-sebelum ni.

Oleh sebab terlalu minat dalam dunia baking ni, Kyra berusaha mencari dan bergoogle dan berblog walking sana sini demi mendapatkan segala jenis tips-tips yang berguna yang boleh Kyra guna pakai untuk membuat kek dan biskut. Antara blog yang menjadi pilihan Kyra ialah Kak Ita. Blog Kak Ita ni ada banyak resipi yang best-best. Bila singgah blog dia Kyra macam tak mau keluar dah. Air tangan beliau sangat teliti , hiasan pada biskut dan kek buatan tangan beliau sangat-sangat lah cantik. Seriously !! Seterusnya blog MamaFami. Di sini juga terdapat pelbagai jenis resipi. Semuanya sedap-sedap. Terliur tengok rasa  macam nak makan semuanya. nasib lah semua makanan tu tak boleh kleuar melalui PC ni. Kalau tak dah lama semua orang berebut-rebut nak ambik bukan Kyra ja. hehe.

Sebenarnya banyak lagi blog yang menyajikan segala jenis macam hidangan begitu juga resipi yang sangat menyelerakan. Haa. Betol tau. Kalau tak percaya google lah sendiri. Kalau tak pon just pegi ja kat blog di atas tu then tgk kat side bar blog. Ada banyak bloglist kat situ. Senang berblogwalking. :) Untuk menunjukkan rasa minat lagi kan dan masih tak berpuas hati, Kyra dengan jayanya telah mengahdiri kelas. Hohoho. First time attend baking kelas memang teruja yang teramat lah. Yea lah dah berapa lama mencari kelas yang berhampiran dengan umah dan senang nak p. Kalau jauh macam mana la Kyra nak p pulak kan. Huhu. Last2 dapat kelas yang dekat dengan umah. terus request nak attend. Sampai ja sana tengok semua yang p belajar semua orang yang dah berumahtangga contohnya cikgu dan orang yang bekerja la. Kyra sorang yang yang paling muda.Hehe Perasan jap. Ada ka patot depa ingat Kyra budak-budak sekolah lagi. Mana taknya dengan dressing pakai seluat dengan tshirt of course la org ingat budak-budak. He. tapi kan ok jugak. Muda ja selaluuu. Hehe. Oke lupakan pasal tu. Yang pasti kan masa attend baking kelas tu Kyra rasa satisfied sangat2 sebab dapat ilmu yang sebelum ni Kyra tak tau tentang baking. Kat kelas tu jugak dapat belajar resepi yang memang superb lah ! Rugi woo kalau sapa yang tak pernah attend. Huhu.
 
Next adalah mengenai impian. Impian Kyra berkaitan dengan apa yang Kyra minat. Of course semua orang boleh kesan dah kan ? Hehe. Actually, Kyra memang teringin ada bakery sendiri. Whoaa! Berangan kemain lagi kan. Hu. Tapi tak pasti ianya akan jadi kenyataan atau pun tidak. apa yang menjadi persoalan dan apa yang ada di benak fikiran Kyra ialah bagaimana caranya nak mengusahakan bakery idaman Kyra tu. Maksud Kyra kat sini adalah dari segi pengurusan, bagi kita yang tak ada skill, kurang kepakaran, modal dan macam-macam yang serba kekurangan ni adakah layak ?? Huu. Kyra punya impian ni bukan calang-calang kan. Kemain punya menggunung. Orang dengar pon mesti tertanya-tanya bole percaya ke ni. Ayoyo. Haha. Owh ya. kalau boleh dilihat sekarang ni ramai orang yang berjaya meraih kejayaan melalui perniagaan secara online. Terdetik juga teringin untuk mencuba di hati ini. Tapi apakan dya keyakinan yang sangat kurang dalam diri. Tapi tidak mustahil Kyra akan cuba untuk melakukannya suatu hari nanti. hehe. InsyaAllah semoga impian murni ini akan menjadi kenyataan. Amin..
 
Last but not least adalah mengenai cita-cita. Apa yang dicita-citakan Kyra adalah ingin bekerja dalam sektor perbankan apabila tamat pengajian. Cita-citanya begitu lah. Tapi tak tau lah kan sama ada apa yang di cita-cita kan itu akan tercapai ataupun tidak. Kita cuma hanya boleh berusaha. Jika ditakdirkan itu adalah rezeki Kyra mesti ada peluang satu hari nanti. Hehe. So tak perlu nak risau sangat lah kan. apa yang penting sekarang adalah usaha dan berdoa saja lah. Tak semestinya kita akan dapat kerja sama dengan apa yang kita belajar sekarang. Yeah ! It's true. Dengan dunia sekarang yang serba moden, kita tak boleh sangat memilih pekerjaan. Apa salahnya bekerja luar dari bidang yang kita pelajari ? Kita boleh dapat ilmu  lain selain yang kita ada. Ia juga menguji tahap kecekapan kita dan sejauh mana kita boleh berjaya tanpa ilmu yang kita mahir. Kan kan ? Betol tak ? Hehe.
 
Apa-apa pon Kyra harapkan semua yang baik dan elok sahaja. Kyra juga mengharapkan apa yang Kyra impikan akan tercapai satu hari nanti. Sekarang masanya mungkin belum tiba. sebab tu lah hanya mampu bercakap kosong tanpa sebarang hasil. Tetapi jangan berputus asa sebelum kita belum mencuba. Yeah !! Semangat!
 

Tuesday, 31 January 2012

JOM TAMBAH FOLLOWER!

Salam ^_^v

Buat pertama kalinya Kyra nak join segmen untuk blog ni :)


klik banner :)

xdapat lah nak tag sesapa sebab ini blog baru. Kalau sudi follow la blog lama Kyra Here


Zaman Kanak-kanak yang da BEST !

Salam ^_^v

Pertama sekali dalam blog ni Kyra nak ceritakan pasal zaman kanak-kanak Kyra. Hehe. Just nak mengimbau masa kecik2 dulu. Mesti semua orang ada zaman kanak-kanak tersendri dan ada cerita-cerita peribadi yang tersendiri.

Cerita masa zaman kanak-kanak nih pasti sangat best lah. Memang xakan dilupakan dalam hidup rite ? :) Bagi Kyra , sebagai seorang kanak-kanak yang dibesarkan di kampung memang xdinafikan sangat2 lah seronok. Nak tau kenapa ?? Bila bangun ja pagi xpon celik ja mata kawan dah datng panggil. haha.

Pagi2 lagi dah datang ajak main dah. Xsempat nak sarapan nak mandi semua trus ja pergi main dulu. Then, bila tengahari pulak balik rumah ambk nasik and pergi berkelah dengan kawan2. Kami suka gilir2. Ari ni rumah org lain besok rumah org lain pulak and perkara yang sama berulang-ulang.

Masa berkelah tu , kami saling tukar-tukar and rasa makanan sesama sendri. Hehe. (*eh ! ari ni mak hang masak lauk ap? nak rasa sket. ha. ambk la. ak pon nak rasa jugak lauk yg mak ang masak.) . Ahaha. Macam tu lah kami.

Kemudian , petang2 pulak kami akan main benda lain pulak. Antara aktiviti yang selalu kami main ialah sorok2 (*sekarang org panggil hide and seek) , nek basikal (*buat macam bus and driver. ye nak pergi mn cik? haha.) , main masak2 or main mak2 Kyra ckp cmtu dulu.he (*kutip2 daun buat duit. p pasar beli syur.kononnya lah). Wah ! Syoknya.

Masa sekolah pulak tunggu bus nak ke sekolah sama2 and balik sekolah sama2. Tyme kat sekolah pon bila jumpa pasti bincang lepas balik sekolah ni nak main apa , pukul berapa nak kluar. (* ea la kawan2 ada yang perbezaan umr setahun dua lebih tua and muda dr Kyra). Hehe. Tapi semua tu xmenjadi penghalang kepada kami.

Zaman kanak-kanak dulu memang xkira lelaki dan perempuan semua Kyra kawan kat dalam kampung tu. Petang2 Kyra jugak suka main guli. Ahaha. Kantoi sudaa. Hehe. Main guli of course lah dengan budak laiki kan. Tapi main kt depan umah Kyra la. memang jd port la. Tapi kawan2 Kyra yang girls pon ada jugak. Kami ada 3 org girls. Then selalu jugak Kyra main baling kasut , baling tin (*pas baling susun balik tin2 tu) main badminton dengan anak jiran sebelah. (* tapi sekarang xmen dah la. he. segan sebab dia lelaki)

Waktu bulan ramadan pulak Kyra ada jugak la beberapa kali pergi ke masjid dengan kawan2. Kononnya nak solat Tarawih. Tapi xsolat pon. haha. tau x kami pergi sebab nak mkan more ja. Ish3 ! Teruk betol kan? Hehe. Tapi tu la pengalaman kami. Lagi satu masjid kt rumah Kyra tu dulu rajin buat program untuk budak2 kt kwasan rumah. Depa buat program pertandingan hafazan , bercerita and azan untuk budak2. sapa yang menang dapat hadiah duet raya.

Apa lagi. Kyra dengan kawan2 pon masuk ja pertandingan hafazan. hehe. baca surah2 pendek ja. Bercerita xdak bakat. Hee. Alahmdulillah Kyra menang tempat ke-3. dapat lah duet raya. Haha. Bila ari raya pulak kami akan p jalan2 kutip duet raya sama2. Jalan sana sini dekat separuh hari jugak la p kutip duet raya. Pas balik tu duk kira berapa banyak duet yang dapat.

Selain tu kan , Kyra penah jugak masuk pertandingan mewarna dekat stesen minyak Mobil dekat dengan umah Kyra. 2 Kali Kyra penah masuk and dua2 kali tu lah Kyra menang. First sekali masuk Kyra dapat Johan. Wah ! Betapa gembiranya saat itu. Siap dapat hamper penuh dengan gula2, dapat tshirt and ap lg ntah. Banyak jugak la. Kawan Kyra pon menang jugak Dia menang kategori lain sebab dia tua 1 thun dr Kyra. Hee. Kami buat benda sama2 tu yang best sangat2. Weeee~

Ya Allah. Kyra xtauwu la nak cakap macam mana memang sesuatu yang indah dan xdpt nak di gambarkan keindahan zaman kanak-kanak. Walaupun berlainan jantina , terdapat juga perbezaan umur tapi semua tu xmenjadi satu batasan kepada kami untuk berkawan. Sesungguhnya kehidupan zaman kanak-kanak Kyra di kampung paling da best lah ! Superb ! 

Kyra juga pasti bukan dikampung saja tapi sesiapa ja yang mengalami zaman kanak2 xkira la di mana juga pasti ada cerita best mereka yang tersendiri.

Walau apa pun yang terjadi persahabatan kami tetap utuh sehingga sekarang walaupun jarang2 berjumpa dan bertegur sapa kerana masing2 mungkin malu agaknya. hehe. Biasa lah sudah lama kan zaman itu berlalu dan juga masing2 dengan life tersendiri sekarang. Lagi pulak sekarang ada kawan sepermainan yang akan mendirikan rumah tangga lagi bebrapa hari lagi. So , Kyra sangat gembira yang kawan Kyra akan berumah tangga. :)

Apa yang nak Kyra simpulkan kat sini persahabatan yang kita bina berdasarkan kasih syang kerana  Allah pasti akan kekal dan diredahaiNya. ;)

Sekarang jom renungi lirik lagu KAWAN ni. Kyra suka dengar lagu nih. Cukup bermakna :)


Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun 
Kita tetap bersama 
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang
Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu 
Umpama lipan dan kala 
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis
Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta


Sekian saja cerita zaman kanak-kanak Kyra. Kalau ada share la jugak dengan Kyra :) Oke lah. Jumpa lagi.

Bye2 !



Yeay !! Siap dah :)

Salam ^_^v

Alhamdulillah. Setelah semalaman menghadap lappy nih akhirnya berjaya jugak Kyra hasilkan satu lagi new blog. This is 3rd blog of mine. Hee ~

First blog tu Kyra aktif la. Tapi yang second tu nope ! Huhu. Sebabnya ad kesilapan ap ntah n Kyra xtauwu nak bg elok mcm mn. Never mind Kyra akan aktifkan the 1st and 3rd blog oke. :)

Walaupun blog Kyra nih xda la special and begitu berinformasi buat sesetengah pihak tapi Kyra xpenah nak ambk kisah pon. Don't worry. Kyra memahami. Hehe. Apa yang Kyra buat nih cuma lah sekadar suka2 saja and juga untuk kepuasan diri sendiri.

Tapi kalau ada segelintir yang terbaca atau apa2 ja boleh la lihat dan godek2 apa yang ada dalam blog naif ni. Kyra xdak la begitu pandai nak menulis dengan baik disebabkan dah lama xbuat karangan. selalu buat masa sekolah ja. hehe.

Oke lah xnak panjang2 and berbicara kosong juga merepek. Cukuplah sekadar intro tentang pelancaran blog baru nih. Hehe. (* macam nak launch album ja ayat. perasan sungguh. haha)

Terima kasih tau sudi baca. :)

Tata..