Salam ^_^v
Pertama sekali dalam blog ni Kyra nak ceritakan pasal zaman kanak-kanak Kyra. Hehe. Just nak mengimbau masa kecik2 dulu. Mesti semua orang ada zaman kanak-kanak tersendri dan ada cerita-cerita peribadi yang tersendiri.
Cerita masa zaman kanak-kanak nih pasti sangat best lah. Memang xakan dilupakan dalam hidup rite ? :) Bagi Kyra , sebagai seorang kanak-kanak yang dibesarkan di kampung memang xdinafikan sangat2 lah seronok. Nak tau kenapa ?? Bila bangun ja pagi xpon celik ja mata kawan dah datng panggil. haha.
Pagi2 lagi dah datang ajak main dah. Xsempat nak sarapan nak mandi semua trus ja pergi main dulu. Then, bila tengahari pulak balik rumah ambk nasik and pergi berkelah dengan kawan2. Kami suka gilir2. Ari ni rumah org lain besok rumah org lain pulak and perkara yang sama berulang-ulang.
Masa berkelah tu , kami saling tukar-tukar and rasa makanan sesama sendri. Hehe. (*eh ! ari ni mak hang masak lauk ap? nak rasa sket. ha. ambk la. ak pon nak rasa jugak lauk yg mak ang masak.) . Ahaha. Macam tu lah kami.
Kemudian , petang2 pulak kami akan main benda lain pulak. Antara aktiviti yang selalu kami main ialah sorok2 (*sekarang org panggil hide and seek) , nek basikal (*buat macam bus and driver. ye nak pergi mn cik? haha.) , main masak2 or main mak2 Kyra ckp cmtu dulu.he (*kutip2 daun buat duit. p pasar beli syur.kononnya lah). Wah ! Syoknya.
Masa sekolah pulak tunggu bus nak ke sekolah sama2 and balik sekolah sama2. Tyme kat sekolah pon bila jumpa pasti bincang lepas balik sekolah ni nak main apa , pukul berapa nak kluar. (* ea la kawan2 ada yang perbezaan umr setahun dua lebih tua and muda dr Kyra). Hehe. Tapi semua tu xmenjadi penghalang kepada kami.
Zaman kanak-kanak dulu memang xkira lelaki dan perempuan semua Kyra kawan kat dalam kampung tu. Petang2 Kyra jugak suka main guli. Ahaha. Kantoi sudaa. Hehe. Main guli of course lah dengan budak laiki kan. Tapi main kt depan umah Kyra la. memang jd port la. Tapi kawan2 Kyra yang girls pon ada jugak. Kami ada 3 org girls. Then selalu jugak Kyra main baling kasut , baling tin (*pas baling susun balik tin2 tu) main badminton dengan anak jiran sebelah. (* tapi sekarang xmen dah la. he. segan sebab dia lelaki)
Waktu bulan ramadan pulak Kyra ada jugak la beberapa kali pergi ke masjid dengan kawan2. Kononnya nak solat Tarawih. Tapi xsolat pon. haha. tau x kami pergi sebab nak mkan more ja. Ish3 ! Teruk betol kan? Hehe. Tapi tu la pengalaman kami. Lagi satu masjid kt rumah Kyra tu dulu rajin buat program untuk budak2 kt kwasan rumah. Depa buat program pertandingan hafazan , bercerita and azan untuk budak2. sapa yang menang dapat hadiah duet raya.
Apa lagi. Kyra dengan kawan2 pon masuk ja pertandingan hafazan. hehe. baca surah2 pendek ja. Bercerita xdak bakat. Hee. Alahmdulillah Kyra menang tempat ke-3. dapat lah duet raya. Haha. Bila ari raya pulak kami akan p jalan2 kutip duet raya sama2. Jalan sana sini dekat separuh hari jugak la p kutip duet raya. Pas balik tu duk kira berapa banyak duet yang dapat.
Selain tu kan , Kyra penah jugak masuk pertandingan mewarna dekat stesen minyak Mobil dekat dengan umah Kyra. 2 Kali Kyra penah masuk and dua2 kali tu lah Kyra menang. First sekali masuk Kyra dapat Johan. Wah ! Betapa gembiranya saat itu. Siap dapat hamper penuh dengan gula2, dapat tshirt and ap lg ntah. Banyak jugak la. Kawan Kyra pon menang jugak Dia menang kategori lain sebab dia tua 1 thun dr Kyra. Hee. Kami buat benda sama2 tu yang best sangat2. Weeee~
Ya Allah. Kyra xtauwu la nak cakap macam mana memang sesuatu yang indah dan xdpt nak di gambarkan keindahan zaman kanak-kanak. Walaupun berlainan jantina , terdapat juga perbezaan umur tapi semua tu xmenjadi satu batasan kepada kami untuk berkawan. Sesungguhnya kehidupan zaman kanak-kanak Kyra di kampung paling da best lah ! Superb !
Kyra juga pasti bukan dikampung saja tapi sesiapa ja yang mengalami zaman kanak2 xkira la di mana juga pasti ada cerita best mereka yang tersendiri.
Walau apa pun yang terjadi persahabatan kami tetap utuh sehingga sekarang walaupun jarang2 berjumpa dan bertegur sapa kerana masing2 mungkin malu agaknya. hehe. Biasa lah sudah lama kan zaman itu berlalu dan juga masing2 dengan life tersendiri sekarang. Lagi pulak sekarang ada kawan sepermainan yang akan mendirikan rumah tangga lagi bebrapa hari lagi. So , Kyra sangat gembira yang kawan Kyra akan berumah tangga. :)
Apa yang nak Kyra simpulkan kat sini persahabatan yang kita bina berdasarkan kasih syang kerana Allah pasti akan kekal dan diredahaiNya. ;)
Sekarang jom renungi lirik lagu KAWAN ni. Kyra suka dengar lagu nih. Cukup bermakna :)
Kawan bertahun kita bersamaBagai semalam baru bersuaKawan di hadapan oh indahnyaKita bersama berkelanaNamun kita jauhDi dunia sendiriBekalan sendiri (semangat sendiri)Impian sendiriMeski pun jauh namunKita tetap bersamaDek ruang yang memisahkan kitaKawan hidup ini umpama langitYang tidak selalu cerahKawan hidup ini bagaikan awanYang tidak selalu putihIngatlah (ingatlah kawan ingatlah)Takkan terus berkelanaIngatlah (ingatlah kawan ingatlah)Pasti akan hilangKawan jangan biarkan dirimuSeperti rama-ramaCantik namun akhirnyaMenjadi perhiasan di dindingKawan jangan biarkan dirimuUmpama lipan dan kalaBerbisa namun akhirnyaMenjadi perhiasan dimeja tulisOh kawan jadilah seperti si matahariMembakar diri demi insan sejagatOh kawan jadilah seperti bulan purnamaMenerangi malam yang gelap gelitaMenunjukkan jalan demi umat semesta
Sekian saja cerita zaman kanak-kanak Kyra. Kalau ada share la jugak dengan Kyra :) Oke lah. Jumpa lagi.
Bye2 !
1 comment:
masa kanak2 dlu mmg besttt ! tp tgk la bdk2 skrg, mane pndai main mcm kite dlu kan. huhuhu
salam prkenalan dr sy :)
Post a Comment